Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. PMX titip doa buat Sasterawan Negara A. Samad Said
 PMX titip doa buat  Sasterawan Negara A. Samad Said
Semasa

PMX titip doa buat Sasterawan Negara A. Samad Said

by VOKALIS 24/11/2026 20

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menitipkan doa agar Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said segera pulih daripada masalah kesihatan yang dihadapinya.

Anwar berkata, beliau menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan tokoh sastera yang lebih dikenali sebagai Pak Samad itu, yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar bersama Azizah dan keluarga mendoakan agar Allah SWT memberikan keafiatan serta mengangkat segala kesakitan yang dialami sasterawan berkenaan.

“Saya, Azizah dan keluarga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan, mengangkat segala kesakitan dan memberikan kesembuhan segera buat Pak Samad,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan Pak Samad sebagai seorang budayawan yang banyak berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air.

Anwar turut mendoakan agar keluarga besar Pak Samad terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Semoga seluruh keluarga besar terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini, Insya-Allah,” katanya. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ujian MySiren 29 November, Fahmi minta orang

by VOKALIS 24/11/2026 27

ORANG ramai diminta tidak panik sekiranya menerima notifikasi amaran berlabel ujian pada Ahad ini,

Selebriti

SENIMAN, SPRM dan FINAS anjur HARA 2026,

by VOKALIS 24/11/2026 34

USAHA  membina industri kreatif yang profesional dan berintegriti memerlukan komitmen semua pihak, termasuk penggiat

Semasa

Do’zee, Santara perkukuh strategi perniagaan, Raja Izzuddin

by VOKALIS 24/11/2026 41

JENAMA produk pencuci dan penjagaan kediaman tempatan, Do’zee, melangkah ke fasa pertumbuhan baharu menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.