Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Karya Salina, perjuangan bahasa Melayu terus hidup dalam legasi A. Samad Said
 Karya Salina, perjuangan bahasa Melayu terus hidup dalam legasi A. Samad Said
Semasa

Karya Salina, perjuangan bahasa Melayu terus hidup dalam legasi A. Samad Said

by VOKALIS 24/11/2026 28

NAMA Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said akan terus terpahat dalam sejarah kesusasteraan tanah air menerusi karya-karya besar yang mengangkat kehidupan masyarakat serta menyuarakan perjuangan golongan terpinggir.

Pemergian tokoh berusia 91 tahun itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sumbangan Allahyarham bukan sekadar melalui penulisan, malah kecekalan membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, novel Salina (1961) menjadi antara karya yang memperlihatkan keprihatinan Allahyarham terhadap kehidupan insan yang sering tersisih dalam masyarakat.

“Kasihnya kepada rakyat akan terus hidup dalam karya-karyanya, juga dalam kecekalannya membela bahasa Melayu dan memperjuangkan keadilan,” katanya.

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan segala dosanya diampunkan.

  1. Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Mohamed Said dilahirkan di Melaka dan diangkat sebagai Sasterawan Negara keempat pada 1985.

Selain Salina, Allahyarham turut menghasilkan beberapa karya penting seperti Sungai Mengalir Lesu (1967), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1987), selain kumpulan puisi Liar di Api.

Ketokohan Allahyarham dalam bidang kesusasteraan turut diiktiraf menerusi penganugerahan Anugerah Pejuang Sastera pada 1976 dan SEA Write Award pada 1979.

Beliau turut menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985 serta Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 1997.

Segala jasa dan sumbangan Allahyarham dalam memperkaya khazanah kesusasteraan Melayu pastinya akan terus dikenang dan menjadi warisan berharga buat generasi akan datang. – THE VOKALĀ 

 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia

by VOKALIS 24/11/2026 38

SASTERAWAN Negara, Datuk Seri A Samad Said menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun,

Semasa

PMX titip doa buat Sasterawan Negara A.

by VOKALIS 24/11/2026 33

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan

Semasa

Ujian MySiren 29 November, Fahmi minta orang

by VOKALIS 24/11/2026 39

ORANG ramai diminta tidak panik sekiranya menerima notifikasi amaran berlabel ujian pada Ahad ini,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.