Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sekali lafaz, Shiqin Kamal kini isteri Mika Irfan
 Sekali lafaz, Shiqin Kamal kini isteri Mika Irfan
Selebriti

Sekali lafaz, Shiqin Kamal kini isteri Mika Irfan

by VOKALIS 25/11/2026 8

PELAKON Shiqin Kamal, 35, sah bergelar isteri kepada jurulatih sukan memanah dan berkuda, Mika Irfan Nojey, 28, selepas pasangan itu disatukan dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah di GlamHall Damansara, Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, 12  tengah hari tadi.

Lebih istimewa, Mika menyerahkan mas kahwin berupa dua dinar emas kepada Shiqin sebagai tanda permulaan kehidupan baharu mereka sebagai suami isteri.

Majlis akad nikah  disempurnakan jurunikah merangkap Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Damansara Perdana, Ustaz Abd. Salam Mahmud, berwalikan abang pengantin perempuan, Firoz Deen Kamal bertindak sebagai wali.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal merupakan Adik kepada Firoz Deen dan Anita Bee yang turut berkongsi kegembiraan pada hari bersejarah pasangan berkenaan.

Menariknya, lima dulang hantaran dibawa pihak pengantin lelaki  dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan termasuk busur dan anak panah serta beberapa barangan lain.

Shiqin yang pernah membintangi filem Lagenda Budak Setan sebelum ini turut mencipta nama menerusi penglibatannya dalam industri lakonan tempatan.

Tahniah buat Shiqin dan Mika Irfan. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga serta sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Karya Salina, perjuangan bahasa Melayu terus hidup

by VOKALIS 24/11/2026 36

NAMA Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said akan terus terpahat dalam sejarah kesusasteraan

Semasa

Sasterawan Negara A. Samad Said meninggal dunia

by VOKALIS 24/11/2026 45

SASTERAWAN Negara, Datuk Seri A Samad Said menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun,

Semasa

PMX titip doa buat Sasterawan Negara A.

by VOKALIS 24/11/2026 37

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.