Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. Aston Villa Layak – Liga Juara-Juara
 Aston Villa Layak – Liga Juara-Juara
Stadium

Aston Villa Layak – Liga Juara-Juara

by VOKALIS 15/05/2024 235

Aston Villa mencipta sejarah apabila layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas pesaing empat pasukan teratas, Tottenham Hotspur tewas kepada Manchester City, awal pagi tadi.

Tottenham adalah satu-satunya pasukan yang boleh memintas Villa di tangga keempat namun mereka kini ketinggalan lima mata di belakang pasukan bimbingan Unai Emery ketika berbaki satu perlawanan.

Villa tidak pernah layak ke pertandingan utama kelab Uefa itu sejak ia dijenamakan semula daripada Piala Eropah kepada Liga Juara-Juara pada musim 1991-92.

Kali terakhir mereka beraksi dalam Piala Eropah adalah 41 tahun yang lalu, iaitu pada musim 1982-83 selepas memenangi pertandingan itu pada musim sebelumnya.

Villa menduduki tempat kedua dan keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 1992-93 dan 1995-96 namun pada kedua-dua musim itu hanya tempat pertama yang layak ke Liga Juara-Juara.

Barisan pemain dan kakitangan Villa sedang mengadakan malam anugerah tahunan mereka di Villa Park dan meraikan keputusan aksi di Stadium Tottenham Hotspur.

Kelab itu memuat naik foto di media sosial, menunjukkan Emery dan barisan pemain bersorak gembira.

“Ia adalah hari yang sangat istimewa. Ini adalah impian kami, kami memulakan musim untuk berada di sini.

“Kami berdepan masalah kecederaan tetapi pasukan sentiasa fokus. Ia sangat hebat. Bermain dalam Liga Juara-Juara adalah sangat terbaik,” kata Emery.

“Tiada siapa yang menjangkakan kami berada di tahap ini tetapi kami percaya kepada diri sendiri dan percaya kepada impian kami,” tulis pemain pertahanan, Lucas Digne di Instagram. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 384

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 519

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 391

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.