Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sembur
  3. Selebriti Kantoi Guna Ilmu Penunduk Pada Suami – Sambil Masak Jampi Serapah
 Selebriti Kantoi Guna Ilmu Penunduk Pada Suami – Sambil Masak Jampi Serapah
Sembur Sensasi

Selebriti Kantoi Guna Ilmu Penunduk Pada Suami – Sambil Masak Jampi Serapah

by VOKALIS 18/03/2024 2379

Ramadan ini masa laju betul berlalu, hari ini genap seminggu. Semalam Cik Vee sempat moreh dengan geng-geng lama.

Bila sesekali jumpa hampir ke sahur lamanya. Dalam sembang-sembang tu seorang geng Cik Vee, Rogayah beritahu al kisah seorang selebriti ini kantoi baca jampi ketika bersiaran langsung.

Kongsi kawan Cik Vee ini, dia memang gemar menonton live selebriti bergelar Datin ini. Katanya seronok sebab Datin berkenaan cantik dan lembut bila bersembang.

Cuma yang buat kawan Cik Vee ni terkejut bila ada kawan baiknya beritahu sang Datin yang juga pernah berlakon ini siap terkumat kamit macam baca jampi masa masak juadah berbuka.

Eh masak juadah berbuka tapi siap jampi? Macam mana tu. Katanya Datin berkenaan juga siap kata isteri kena tundukkan suami.

Seram ek.

Setahu Cik Vee tak baik kan segala ilmu penunduk ni. Jangan main-main boleh jatuh dosa.

“Ye Vee, siap follower dia tegur tak baik buat macam tu. Ada yang kata syirik, tapi Datin ni selamba je. Siap gelak-gelak.

“Paling seram katanya Datin siap sebut sekarang ramai penyondol, suka sondol laki orang!”

Pada Cik Vee tak salah nak pertahankan suami, nak masak lagi bagus tapi janganlah sampai jampi serapah segala tak baik.

Pula-pula awak berimej tudung, ibu dan usahawan patutnya tunjuk contoh yang baik.

Lagipun bila dalam live banyak mata yang memerhati, jangan ingat orang tak perasan.

Ramadan ini dari sibuk jampi, baik mengaji sambil masak tambat hati suami, pahala pun dapat sekali! – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 86

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 27

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 38

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.