Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Buka 6 Hari 6 Malam – Pembukaan Cawangan Keenam ST Rosyam Mart Di Semenyih
 Buka 6 Hari 6 Malam – Pembukaan Cawangan Keenam ST Rosyam Mart Di Semenyih
Semasa

Buka 6 Hari 6 Malam – Pembukaan Cawangan Keenam ST Rosyam Mart Di Semenyih

by VOKALIS 27/03/2024 529

Memasuki tahun keenam beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka ST Rosyam Mart terus mengukuhkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan keenamnya di Semenyih, Selangor.

Sempena majlis perasmiannya hari ini, telah menjadi simbolik untuk setiap kali pembukaan cawangan terbaharu, ST Rosyam Mart menawarkan diskaun hebat.

Bermula 26 Mac (hari ini), 9.30 malam akan berlangsungnya pesta pembukaan selama enam hari enam malam sehingga 31 Mac depan.

Justeru, untuk menikmati ganjaran dan promosi ditawarkan, para pelanggan terlebih dahulu harus mendaftar bagi mendapatkan ST Card, kemudian barulah layak menebus diskaun yang ada.

Lazimnya setiap kali cawangan baharu dibuka, harga serendah 8 sen ditawarkan kepada semua pelanggan sepanjang tempoh pesta pembukaan diadakan.

Lebih menarik, jenama pasar raya tersebut sentiasa mengadakan kempen promosi pada setiap bulan di kesemua enam cawangan yang beroperasi 24 jam sehari.

Menyentuh tentang premis terkini ST Rosyam Mart Semenyih, ia meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang dilengkapi tempat parkir untuk kemudahan para pelanggan.

Bukan itu sahaja, ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas buat mereka menjual produk masing-masing.

Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian di Celebrity Corner ialah Wak Doyok, Tyzo Xander, Prince Syed, Shah THR, Suki Low, Ako Mustafa, Angah Raja Lawak, Munif Hijjaz, Azza Elite, Asmidar dan pengarah Rashid Sibir.

Bertemakan slogan ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’, rangkaian pasar raya moden itu juga memperkenalkan konsep produk mudah cari merangkumi barangan basah dan kering di bawah satu bumbung.

Bahkan, berbekalkan tenaga seramai hampir 300 kakitangan, ST Rosyam Mart bersiap sedia memberikan 19 perkhidmatan percuma kepada para pelanggan setia pasar raya berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.