Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ebit Lew Hantar 70 Mesej Lucah – Saksi Ke-9 Beritahu Mahkamah
 Ebit Lew Hantar 70 Mesej Lucah – Saksi Ke-9 Beritahu Mahkamah
Semasa

Ebit Lew Hantar 70 Mesej Lucah – Saksi Ke-9 Beritahu Mahkamah

by VOKALIS 21/05/2024 637

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di Tenom bahawa pendakwah Ebit Lew, menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah melalui WhatsApp kepadanya antara 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021.

Wanita berusia 40-an, pengadu dan saksi kesembilan pendakwaan dalam perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew, menyatakan mesej-mesej itu mencemarkan kehormatannya dan berbeza dengan imej Ebit Lew di media sosial.

“Tapi apabila dia mesej macam tu, seolah-olah dia anggap perempuan ni hanya tujuan seks semata-mata,” katanya ketika dalam pemeriksaan utama itu.

Menurut laporan Harian Metro, selain mesej, saksi mendakwa Ebit Lew juga membuat panggilan telefon menggunakan bahasa lucah.

Mahkamah membenarkan pindaan pertuduhan pertama terhadap Ebit Lew secara lisan pukul 6 pagi kepada 8.07 pagi.

Ebit Lew menghadapi 11 pertuduhan menghantar perkataan dan gambar lucah kepada mangsa antara Mac dan Jun 2021. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

“Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi

by thevokal 03/03/2026 15

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu

Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 57

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 58

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.