Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Selinap Masuk Rumah Lakukan Seks – Penjawat Awam Ditahan Rogol Remaja 15 Tahun
 Selinap Masuk Rumah Lakukan Seks – Penjawat Awam Ditahan Rogol Remaja 15 Tahun
Semasa

Selinap Masuk Rumah Lakukan Seks – Penjawat Awam Ditahan Rogol Remaja 15 Tahun

by VOKALIS 22/05/2024 675

Bukan saja berani menyelinap masuk ke dalam rumah, malah seorang lelaki turut melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Sehubungan itu, seorang penjawat awam ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 10 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di Ulu Kinta, Perak itu ditahan susulan laporan dibuat bapa remaja berkenaan.

“Dalam kejadian pada jam 5 pagi, bapa remaja berkenaan melaporkan terserempak dengan seorang lelaki tidak dikenali bersembunyi di sebuah bilik di rumahnya.

“Pengadu berjaya menangkap suspek dan lelaki itu mengaku memasuki rumah berkenaan untuk melakukan hubungan intim dengan anak perempuan pengadu yang berusia 15 tahun.

“Difahamkan, suspek dan mangsa berkenalan menerusi aplikasi permainan dalam talian datang ke sini untuk berjumpa mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek sudah direman tujuh hari sehingga 17 Mei lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan sudah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Pihak polis juga menegaskan tidak akan melindungi sesiapa yang melakukan jenayah atau melanggar undang negara.

“Orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 69

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.