Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Empat cara terus sokong solidariti bersama rakyat Palestin
 Empat cara terus sokong solidariti bersama rakyat Palestin
Semasa

Empat cara terus sokong solidariti bersama rakyat Palestin

by VOKALIS 29/11/2026 6

SOLIDARITI terhadap rakyat Palestin tidak seharusnya terhenti sekadar simpati, sebaliknya boleh dizahirkan menerusi pelbagai tindakan termasuk menyokong usaha kemanusiaan, membantu jualan amal dan menyebarkan maklumat sahih.

Perkara itu antara seruan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerusi perkongsian di Facebook sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang disambut pada 29 November.

Menerusi perkongsian tersebut, IKIM menggariskan empat bentuk sokongan yang boleh dilakukan masyarakat bagi membantu menyuarakan hak rakyat Palestin.

Antaranya termasuk menyumbangkan masa, tenaga atau dana mengikut kemampuan masing-masing bagi membantu aktiviti dan program kemanusiaan.

“Sokong usaha kemanusiaan. Sumbangkan masa, tenaga atau dana mengikut kemampuan untuk membantu aktiviti atau program yang menyuarakan hak-hak rakyat Palestin,” katanya. 

Selain itu, masyarakat turut digalakkan menyokong jualan amal komuniti dengan membeli barangan bertemakan Palestin daripada penganjur yang menjelaskan saluran penyaluran hasil jualan kepada penerima bantuan.

IKIM juga mengajak orang ramai menyebarkan kesedaran menerusi media sosial dengan berkongsi kisah serta karya rakyat Palestin daripada sumber asal, selain memastikan fakta, tarikh dan konteks disemak sebelum sesuatu maklumat disebarkan.

Tidak ketinggalan, masyarakat diseru agar terus menitipkan doa demi keselamatan rakyat Palestin, kesembuhan mereka yang sentiasa berdepan kesusahan serta perlindungan daripada sebarang musibah.

Dalam pada itu, IKIM menegaskan bahawa rakyat Palestin berhak menikmati kehidupan yang aman serta menentukan masa depan mereka sendiri.

“Mereka berhak hidup dalam keamanan dan menentukan masa depan sendiri di tanah air yang berdaulat,” katanya.  – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan mati di Kuala

by VOKALIS 29/11/2026 10

PERSELISIHAN  faham antara mangsa dan suspek dipercayai menjadi punca kejadian bunuh seorang lelaki berusia

Semasa

‘Malaysia tiada halangan tambah acara Suka SEA

by VOKALIS 29/11/2026 7

CADANGAN untuk menambah acara sukan bagi Sukan SEA Malaysia 2027 terus mendapat perhatian apabila

Semasa

Isu Dara, Amoi dan Kelat: Neow gesa

by VOKALIS 28/11/2026 34

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mendedahkan Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan pemindahan tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.