Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki dilaporkan hilang ditemukan mati di Kuala Kangsar, suspek ditahan
 Lelaki dilaporkan hilang ditemukan mati di Kuala Kangsar, suspek ditahan
Semasa

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan mati di Kuala Kangsar, suspek ditahan

by VOKALIS 29/11/2026 10

PERSELISIHAN  faham antara mangsa dan suspek dipercayai menjadi punca kejadian bunuh seorang lelaki berusia 26 tahun yang mayatnya ditemukan di Kampung Teratai, Tanah Merah, Kuala Kangsar, Perak, pada Jumaat.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki Melayu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan selepas menjalankan siasatan terhadap laporan kehilangan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Heisham bin Harun berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan seorang lelaki Cina warga tempatan berusia 26 tahun daripada rakannya yang juga lelaki Cina warga tempatan kira-kira jam 10.39 malam, 26 November 2026.

Beliau berkata, sejurus menerima laporan itu, siasatan serta usaha mengesan mangsa dilakukan secara giat oleh pihak polis.

Pada kira-kira jam 4.30 petang, 27 November 2026, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Kangsar berjaya menahan seorang lelaki Melayu yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Menurut kenyataan media itu, soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di Kampung Teratai, Tanah Merah, Kuala Kangsar.

“Pihak polis turut menjumpai sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan oleh suspek semasa kejadian,” katanya. 

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

Foto: Janaan AI

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak, bagi menjalani proses bedah siasat.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, ASP Mohamad Fadhil bin Ab Wahab dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Kangsar di talian 019-7272033.

Kenyataan media berkenaan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Heisham bin Harun pada 28 November 2026. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Empat cara terus sokong solidariti bersama rakyat

by VOKALIS 29/11/2026 5

SOLIDARITI terhadap rakyat Palestin tidak seharusnya terhenti sekadar simpati, sebaliknya boleh dizahirkan menerusi pelbagai

Semasa

‘Malaysia tiada halangan tambah acara Suka SEA

by VOKALIS 29/11/2026 6

CADANGAN untuk menambah acara sukan bagi Sukan SEA Malaysia 2027 terus mendapat perhatian apabila

Semasa

Isu Dara, Amoi dan Kelat: Neow gesa

by VOKALIS 28/11/2026 34

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mendedahkan Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan pemindahan tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.