Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘Malaysia tiada halangan tambah acara Suka SEA 2027’ – PM
 ‘Malaysia tiada halangan tambah acara Suka SEA 2027’ – PM
ANWAR Ibrahim ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari (kanan).
Semasa

‘Malaysia tiada halangan tambah acara Suka SEA 2027’ – PM

by VOKALIS 29/11/2026 7

CADANGAN untuk menambah acara sukan bagi Sukan SEA Malaysia 2027 terus mendapat perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keterbukaan terhadap permohonan berkenaan.

Meskipun sebanyak 473 acara daripada 43 jenis sukan telah mendapat persetujuan di peringkat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), ruang untuk mempertimbangkan penambahan masih terbuka.

ANWAR Ibrahim ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari (kanan).

Menerusi kenyataan SEA Games Malaysia 2027, perkara itu dimaklumkan dengan menyatakan bahawa pintu masih terbuka untuk penambahan acara sukan SEA 2027. 

Bagaimanapun, cadangan berkenaan tidak boleh dilaksanakan secara automatik kerana perlu melalui penelitian dan persetujuan pihak berkaitan.

Menurut kenyataan itu, beberapa aspek perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat, termasuk keperluan teknikal, kemudahan serta persiapan penganjuran.

Permohonan daripada negara anggota itu sekali gus membuka perbincangan mengenai kemungkinan lebih banyak acara dipertandingkan pada temasya yang bakal berlangsung di Malaysia pada 2027.

Terdahulu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebelum ini mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri supaya dua atau tiga acara sukan yang diminta negaranya dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Sukan SEA 2027.

Sukan SEA 2027 dijadual berlangsung di Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang dari 18 hingga 29 September, manakala Sukan Para ASEAN (APG) 2027akan diadakan di Kuala Lumpur dari 17 hingga 23 Oktober. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Empat cara terus sokong solidariti bersama rakyat

by VOKALIS 29/11/2026 5

SOLIDARITI terhadap rakyat Palestin tidak seharusnya terhenti sekadar simpati, sebaliknya boleh dizahirkan menerusi pelbagai

Semasa

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan mati di Kuala

by VOKALIS 29/11/2026 10

PERSELISIHAN  faham antara mangsa dan suspek dipercayai menjadi punca kejadian bunuh seorang lelaki berusia

Semasa

Isu Dara, Amoi dan Kelat: Neow gesa

by VOKALIS 28/11/2026 34

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mendedahkan Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan pemindahan tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.