THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Hilang Penat Lelah – Wani Kayrie Sebak Genggam Ijazah
 Hilang Penat Lelah – Wani Kayrie Sebak Genggam Ijazah
Selebriti

Hilang Penat Lelah – Wani Kayrie Sebak Genggam Ijazah

by VOKALIS 22/05/2024 217

Segala penat dan lelah sepanjang perjuangannya bergelar pelajar dan artis pada masa sama hilang sebaik kejayaan menggenggam segulung ijazah.

Diakui antara bakat pelapis industri seni yang berkualiti, Wani Kayrie kini sah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan serta lebih bermakna apabila turut memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) cemerlang.

Dia menerima ijazah itu pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) baru-baru ini dan mendedikasikannya buat ibu tersayang Rukiah yang menjadi sistem sokongan dari awal pengajian.

“Dulu saya datang dari keluarga yang tidak senang dan tak berkemampuan untuk sambung pengajian ke peringkat tinggi, hanya setakat peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kerana memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga.

“Sebab itu, saya pasang niat untuk belajar lebih tinggi kerana mahu melihat mama pakai jubah ijazah ini. Sebak tetapi seronok dapat tengok orang kita sayang turut gembira dengan kejayaan kita.

“Kalau tidak kerana dorongan mama, saya tak dapat merasa mengenggam skrol ijazah ini,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Selepas menerima ijazah, pemilik nama sebenar Syazwani Abdullah, 24, mengakui lebih menyedari akan kepentingan pelajaran dalam kehidupan.

“Sekarang baru saya faham kenapa pentingnya untuk kita menuntut ilmu.

“Mungkin bagi sesetengah orang, benda ini hanya setakat belajar tetapi sebenarnya perkara ini mengajar kita melihat dunia dengan lebih luas dan pelbagai perspektif berbeza untuk digunakan pada masa akan datang,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.