Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Jualan Kereta Dijangka Menurun – Ada Kaitan Dengan Subsidi Terutama Golongan B40
 Jualan Kereta Dijangka Menurun – Ada Kaitan Dengan Subsidi Terutama Golongan B40
Semasa

Jualan Kereta Dijangka Menurun – Ada Kaitan Dengan Subsidi Terutama Golongan B40

by VOKALIS 28/12/2023 621

Malaysia antara negara yang mempunyai kadar pemilik dan pengguna kereta yang tinggi dalam kalangan penduduknya. 

Namun Industri automotif negara dijangka bakal menyaksikan penurunan dalam jumlah jualan kenderaan pada tahun depan, dipengaruhi oleh pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.

Kenanga Investment Bank Bhd. (Kenanga) dalam nota kajian yang dikeluarkan baru-baru ini berkata, pihaknya mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) pada 2024 sebanyak 710,000 unit, iaitu 7.8 peratus lebih rendah berbanding jangkaan tahun ini pada 770,000 unit.

Memetik laporan Kosmo, Penganalis Kenanga Wan Mustaqim Wan Ab. Aziz, rasionalisasi subsidi mungkin menjejaskan permintaan untuk model pasaran pertengahan.

“Pada masa sama, kami optimis terhadap jualan kendera­an dalam segmen mampu milik apabila kumpulan B40 yang menjadi sasaran utamanya terhindar daripada kesan rasionalisasi subsidi, malah berpotensi mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif,” katanya.

November lalu, TIV merekodkan 71,908 unit, iaitu 10 peratus lebih tinggi tahun ke tahun untuk mencatatkan jumlah keseluruhan 718,748 unit sepanjang 11 bulan pertama 2023.

Angka itu menghampiri jangkaan Persatuan Automotif Malaysia iaitu sebanyak 725,000 unit bagi tahun penuh 2023.

Keterlihatan pendapatan industri automotif kekal kukuh, disokong oleh tempahan tertunggak sebanyak 220,000 unit pada akhir bulan lalu, dengan lebih separuh daripadanya terdiri dari­pada model baharu.

Wan Mustaqim berkata, jualan kenderaan baharu akan terus disokong oleh kenderaan elektrik bateri (BEV) yang menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan insentif kemudahan kenderaan elektrik lain sehingga 2025 untuk kendera­an import serta 2027 bagi pemasangan tempatan.

“Pendaftaran BEV baharu melonjak dengan ketara selama dua tahun yang lalu daripada 274 unit pada 2021 kepada lebih 3,400 unit tahun lalu dan 9,000 unit tahun ini setakat November,” ujarnya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 69

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.