Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Kes Khalwat Bersama Aliff Aziz – Ruhainies Harap Aliff Dan Bella Tak Berpisah
 Kes Khalwat Bersama Aliff Aziz – Ruhainies Harap Aliff Dan Bella Tak Berpisah
Selebriti Sensasi

Kes Khalwat Bersama Aliff Aziz – Ruhainies Harap Aliff Dan Bella Tak Berpisah

by VOKALIS 15/03/2024 503

“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya berharap agar dia dan Aliff tidak akan berpisah. Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia,” kata Ruhainies.

Demikian reaksi yang dikongsi dalam muat naik di laman Instagramnya selepas mendiamkan diri berhubung isu ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota minggu lalu.

Ruhainies mengakui kekhilafan dan memohon maaf atas insiden yang berlaku.

“Saya ingin memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes melibatkan saya yang tular baru-baru ini.

Dalam masa yang sama Ruhainies berharap tidak ada pihak yang membuat provokasi dan tidak memaksa untuk orang ramai mempercayainya.

“Saya berharap, kenyataan saya ini tidak akan dijadikan bahan provokasi kerana saya tidak ada niat ke arah itu, sebaliknya bersedia menjernihkan keadaan antara kami bertiga.

“Mungkin ada pihak yang akan memilih untuk tidak percaya kepada kenyataan saya. Namun, saya tak boleh memaksa seskapa untuk percaya.

“Saya cuma ingin menjelaskan situasi yang berlaku dan kenyataan rasmi dari pihak saya,” jelasnya.

Tambah Ruhainies, dia juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menjalankan siasatan dengan telus sekaligus mengesahkan tiada istilah tangkapan basah dibuat.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak Jawi dan saya berikan kepercayaan penuh terhadap mereka.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Jawi di atas kerjasama, penjagaan penuh yang diberikan kepada saya semasa kejadian tersebut berlaku, dan siasatan telus yang telah dibuat oleh pihak Jawi.

“Namun, yang paling penting di sini adalah bahawa pihak Jawi mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang ‘tangkap basah’ terhadap saya dan Aliff.

“Saya menyarankan rakan-rakan media dan komen-komen di luar sana untuk berhati-hati menggunakan terma ‘tangkapan basah’,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di ibu negara pada Jumaat minggu lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 6

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 50

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.