Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kuantan jadi destinasi baharu ABFGR 2027, Singgah Raya turut diperkenalkan
 Kuantan jadi destinasi baharu ABFGR 2027, Singgah Raya turut diperkenalkan
Semasa

Kuantan jadi destinasi baharu ABFGR 2027, Singgah Raya turut diperkenalkan

by VOKALIS 18/11/2026 16

ABSOLUT Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) kembali memeriahkan sambutan menjelang Aidilfitri menerusi penganjuran edisi 2027 yang lebih besar, selain memperluaskan lokasi acara ke Pantai Timur buat julung kalinya.

Acara yang diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai Ekspo Festival Raya Terbesar di Malaysia pada 2024 itu bakal berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, dari 19 hingga 22 Februari 2027.

Ben Ali dan Nadiyah Shahab ‘tulang belakang’ Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya

Berlangsung selama 66 jam tanpa henti seperti edisi terdahulu, ABFGR 2027 turut melebarkan sayap ke Kuantan, Pahang, menerusi penganjuran di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dari 5 hingga 7 Mac 2027.

Penganjur, ABGR PLT yang merupakan inisiatif bersama My Events International dan Absolut Events, menyasarkan penyertaan lebih 900 vendor bagi kedua-dua lokasi berkenaan.

Meneruskan kejayaan sepanjang lima tahun penganjurannya, ABFGR turut menyediakan pelbagai aktiviti bagi menarik kehadiran pengunjung, antaranya sesi ramah mesra bersama selebriti dan pempengaruh, Mini Absolut Foodfest, konsert mini, jualan ‘Happy Hour’, cabutan bertuah, ‘Wheel of Fortune’ dan ‘Money Chamber’.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) turut menjadi antara pengisian yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Dalam perkembangan sama, penganjur mengumumkan penyertaan beberapa rakan kongsi dan penaja rasmi bagi edisi 2027, iaitu Advance Intelligence Group (ATOME) sebagai Rakan Pembayaran BNPL Rasmi, Media Prima Berhad sebagai Media Rasmi dan Blackmores Malaysia Sdn Bhd sebagai Rakan Kesihatan & Kesejahteraan Rasmi.

Sementara itu, Pengasas Bersama ABGR PLT, Nadiyah Shahab mengumumkan pengenalan model acara baharu dikenali sebagai Tapestry by ABGR: Singgah Raya yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Februari 2027.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan satu model acara baharu yang dinamakan Tapestry by ABGR: Singgah Raya, yang akan berlangsung pada 26 – 28 Februari 2027. Kami juga berbesar hati kerana The Arch Galeries akan menyertai kami sebagai Lokasi Rasmi bagi acara istimewa ini,” katanya.

Menurut Nadiyah, acara berkenaan menawarkan konsep dan pengalaman berbeza berbanding ABFGR, sekali gus membuka peluang kepada segmen pasaran yang lebih luas.

“Tapestry by ABGR: Singgah Raya akan menjadi sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan acara yang berbeza sama sekali berbanding Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya; kami akan membawakan konsep dan pengalaman acara yang benar-benar berlainan,” katanya.

Tapestry by ABGR: Singgah Raya akan mengetengahkan tiga konsep utama iaitu Premium, Pasar Lambak (Flea Market) dan Mini AFF.

Bagi penyertaan vendor, harga booth ditawarkan bermula RM2,800 hingga RM4,000 mengikut kategori dan kedudukan ruang.

Bagi kategori Premium, harga booth sudut ditetapkan RM4,000 manakala ruang tengah RM3,500. Kategori Flea Market pula menawarkan harga RM3,300 bagi sudut dan RM2,800 bagi ruang tengah.

Sementara itu, Mini AFF menawarkan harga RM3,500 bagi booth sudut dan RM3,000 bagi ruang tengah.

Pengenalan Tapestry by ABGR: Singgah Raya bertujuan menyediakan pilihan penyertaan yang lebih mampu milik kepada peniaga dan jenama yang berminat menyertai acara berkenaan, selain menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

Penganjur turut mengalu-alukan penyertaan jenama dan usahawan tempatan untuk menjalinkan kerjasama menerusi kedua-dua acara berkenaan.

ABGR PLT berharap ABFGR 2027 dan Tapestry by ABGR: Singgah Raya dapat terus menjadi platform penting dalam mempromosikan produk serta perkhidmatan usahawan tempatan, di samping menawarkan pengalaman membeli-belah sempena Aidilfitri yang lebih menyeluruh.

Orang ramai juga disaran mengikuti akaun media sosial rasmi penganjur bagi mendapatkan perkembangan terkini serta pengumuman mengenai pelbagai aktiviti dan kejutan yang bakal diperkenalkan. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Cinta terlarang bapa saudara, anak saudara jadi

by VOKALIS 18/11/2026 11

Hubungan kekeluargaan yang bertukar menjadi dilema perasaan menjadi taruhan drama terbaharu Viu Original, Wali

Semasa

Kembara Wahyu teroka khazanah Islam di Oman,

by VOKALIS 18/11/2026 8

SELEPAS membawa penonton menelusuri kisah Nabi Musa AS di bumi Mesir, siri dokumentari Kembara

Semasa

‘Mek Seri’ belum mampu kembali ke habitat

by VOKALIS 18/11/2026 9

KEADAAN seekor harimau kumbang betina yang mengalami kesukaran berjalan mencetuskan perhatian apabila haiwan seberat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.