Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘Mek Seri’ belum mampu kembali ke habitat liar, perlu pemantauan rapi
 ‘Mek Seri’ belum mampu kembali ke habitat liar, perlu pemantauan rapi
Semasa

‘Mek Seri’ belum mampu kembali ke habitat liar, perlu pemantauan rapi

by VOKALIS 18/11/2026 10

KEADAAN seekor harimau kumbang betina yang mengalami kesukaran berjalan mencetuskan perhatian apabila haiwan seberat 18.4 kilogram itu terpaksa ditempatkan di pusat menyelamat hidupan liar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Harimau kumbang yang diberi nama ‘Mek Seri’ itu diselamatkan dalam satu operasi di Maran, Pahang pada 16 November lalu dan dianggarkan berusia empat tahun.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati Mek Seri berada dalam keadaan fizikal yang baik tanpa mengalami luka serius atau patah tulang.

Bagaimanapun, haiwan berkenaan dikesan mengalami kesukaran untuk berjalan seperti biasa.

Menurut PERHILITAN, Mek Seri tidak sesuai dilepaskan semula ke habitat asal buat masa ini bagi memastikan keselamatan dan kebajikannya terus terpelihara.

Haiwan itu kemudian dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk menjalani rawatan serta pemantauan lanjut oleh pasukan veterinar.

Orang ramai turut diseru mendoakan agar Mek Seri kembali pulih dan kuat selepas menerima rawatan sewajarnya. – THE VOKAL 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Cinta terlarang bapa saudara, anak saudara jadi

by VOKALIS 18/11/2026 11

Hubungan kekeluargaan yang bertukar menjadi dilema perasaan menjadi taruhan drama terbaharu Viu Original, Wali

Semasa

Kembara Wahyu teroka khazanah Islam di Oman,

by VOKALIS 18/11/2026 8

SELEPAS membawa penonton menelusuri kisah Nabi Musa AS di bumi Mesir, siri dokumentari Kembara

Semasa

Kuantan jadi destinasi baharu ABFGR 2027, Singgah

by VOKALIS 18/11/2026 17

ABSOLUT Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) kembali memeriahkan sambutan menjelang Aidilfitri menerusi penganjuran

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.