Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lakukan 16 Transaksi Konon Pelaburan – Pesara Wanita Rugi Lebih Setengah Juta
 Lakukan 16 Transaksi Konon Pelaburan – Pesara Wanita Rugi Lebih Setengah Juta
Semasa

Lakukan 16 Transaksi Konon Pelaburan – Pesara Wanita Rugi Lebih Setengah Juta

by VOKALIS 06/03/2024 549

Bukan satu tetapi 16 transaksi dilakukan membabitkan kerugian lebih RM500,000 terhadap seorang pesara wanita yang terpedaya tawaran menarik pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata mangsa membuat transaksi sebanyak 16 kali sejak 10 Disember hingga Januari lalu dan membuat laporan polis, semalam.

“Polis menerima laporan berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara atas talian yang membabitkan kerugian berjumlah RM512,200.

“Mangsa seorang wanita iaitu pesara pengurus di sebuah syarikat swasta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, mangsa berurusan melalui aplikasi Whatsapp dengan seorang individu yang tidak dikenali dan menyertai pelaburan secara atas talian serta membuat pindahan wang.

“Mangsa memindahkan wang miliknya sendiri bermula dari 10 Disember tahun lalu sehingga 14 Januari dan mengalami kerugian berjumlah RM512,200,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 15

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 32

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.