Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Mahu Sambung Legasi Nenek.” – Naib Juara Hero Remaja Intai Peluang
 “Mahu Sambung Legasi Nenek.” – Naib Juara Hero Remaja Intai Peluang
Selebriti Semasa

“Mahu Sambung Legasi Nenek.” – Naib Juara Hero Remaja Intai Peluang

by VOKALIS 01/01/2024 722

Siapa tidak kenal dengan aktres veteran Normah Damanhuri yang diakui antara pelakon hebat tanah air. 

Normah Damanhuri

Lantaran itu, tidak hairanlah cucunya mahu mewarisi legasi seni yang dipahat kemas Normah selaku anak wayang. 

Naib Juara Hero Remaja 2023, Fitri Farok mahu bergelar pelakon sama seperti neneknya itu lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan keluarga sepenuhnya. 

“Saya mahu sambung legasi nenek. 

“Saya bersyukur impian mahu terbabit dalam industri seni disokong keluarga dan paling penting saya mahu sambung legasi nenda (nenek), Normah Damanhuri.

“Semua orang bagi kata-kata semangat, tetapi saya sentiasa ingat kata-kata nenda iaitu kalah menang adat pertandingan, yang penting kejujuran.

“Saya bawa kata-kata tersebut dalam sesi soal jawab pada pentas akhir,” katanya. 

Pada masa sama, anak saudara usahawan popular, Kak KM itu mengakui terkejut sebaik naman dipanggil untuk ke pusingan penentuan seterusnya bergelar Naib Juara.

Fitri menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM7,000 berserta trofi.

Pertandingan Hero Remaja 2023 menyaksikan Aiman Ameer merangkul juara yang melayakkannya membawa pulang RM10,000 dan trofi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 37

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 44

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 61

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.