Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Mat Rempit Junior – Murid 12 Tahun Antara Ditahan Dalam Ops Lumba Haram
 Mat Rempit Junior – Murid 12 Tahun Antara Ditahan Dalam Ops Lumba Haram
Semasa

Mat Rempit Junior – Murid 12 Tahun Antara Ditahan Dalam Ops Lumba Haram

by VOKALIS 01/01/2024 663

Masih di bangku sekolah rendah, berumur 12 tahun namun sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti lumba haram. 

Dia antara 478 individu yang ditahan polis dalam operasi lumba haram sempena sambutan tahun baharu, awal pagi tadi di Alor Setar, Kedah. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai 60 pegawai dan anggota terlibat dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di persimpangan lampu isyarat Kepala Batas kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir

Katanya, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Setar terlebih dahulu melakukan tinjauan dan intipan sejak pukul 1 pagi.

Kredit Polis Kota Setar

“Tinjauan dijalankan mendapati terdapat pergerakan sekumpulan besar penunggang dan pembonceng motosikal memasuki bandar raya ini dan aktif melakukan aksi-aksi berbahaya selain menjadikan kawasan tertentu sebagai tempat perlumbaan.

“Susulan itu, pasukan operasi menyusun atur strategi di beberapa lokasi sekitar persimpangan Lampu Isyarat Kepala Batas dan melakukan kepungan,” katanya. 

Kredit Polis Kota Setar

Katanya, sebahagian daripada mereka yang terkejut dengan kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun tindakan itu sia-sia apabila kesemua laluan keluar dikepung dan ditutup sepenuhnya.

“Hasilnya, sebanyak 430 motosikal bersama 478 individu ditahan untuk pemeriksaan manakala 70 motosikal disita,” katanya. 

Sebanyak 340 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dilakukan antaranya tiada lesen memandu serta pengubahsuaian kenderaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 58

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 57

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 63

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.