Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Hamdan Senario Ditidurkan – Jangkitan Kuman Dalam Darah
 Hamdan Senario Ditidurkan – Jangkitan Kuman Dalam Darah
Selebriti Semasa

Hamdan Senario Ditidurkan – Jangkitan Kuman Dalam Darah

by VOKALIS 01/01/2024 673

Anggota kumpulan lawak Senario, Hamdan Ramli, 54, ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Anak bongsunya, Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit sejak kelmarin. 

“Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan keadaannya masih sama pada jam 10 pagi tadi.

“Kemudiannya, ayah tiba-tiba cakap tak boleh bernafas dan minta panggil doktor untuk berikan oksigen. 

“Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan ayah terpaksa ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darahnya tinggi,” katanya. 

Bagaimanapun, Nur Natasya berkata, bapanya dalam keadaan stabil, namun masih tidak pasti berapa lama perlu ditidurkan.

“Sebelum ini, ayah memang okay (tiada sakit), tapi doktor kata kuman dalam darah tinggi sebab itu ayah perlu ditidurkan. Darah ayah juga rendah dan jantungnya lemah.

“Doktor kata, walaupun ditidurkan, tapi ayah masih stabil. Tak tahu lagi berapa lama ayah perlu ditidurkan,” katanya. 

Pada masa sama, Nur Natasya memohon orang ramai menitipkan doa supaya ayahnya dapat kembali pulih seperti biasa.

“Saya mohon sangat doakan kesihatan ayah. Kami sekeluarga betul-betul memerlukan doa anda semua,” kata Nur Natasya yang gagal menahan sebak.

Terdahulu, Hamdan bertandang ke Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain bertujuan untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, malam tadi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 73

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.