Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Remaja 15 Tahun Rentung – Bapa Saudara Cuba Selamatkan
 Remaja 15 Tahun Rentung – Bapa Saudara Cuba Selamatkan
Semasa

Remaja 15 Tahun Rentung – Bapa Saudara Cuba Selamatkan

by VOKALIS 14/05/2024 561

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Kampung Lasing di Ranau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mayat Agnes Jong Anak Adam, 15, ditemukan rentung di ruang tamu rumah tingkat bawah sebaik api berjaya dipadamkan oleh anggota bomba.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan, ketika kejadian, bapa saudara mangsa cuba untuk menyelamatkannya, namun gagal, berikutan asap tebal dan api yang marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.36 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan lapan anggota bomba digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran dilaporkan membabitkan sebuah rumah dua tingkat terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran dua pancutan dari sumber air jentera,” katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal 2.55 pagi dan seorang remaja perempuan ditemukan rentung di ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokasi kebakaran dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 4.26 pagi,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 100

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 112

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 110

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.