Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Minat Sejak Menuntut Di Universiti – Chan Tamat Latihan Komando
 Minat Sejak Menuntut Di Universiti – Chan Tamat Latihan Komando
Semasa

Minat Sejak Menuntut Di Universiti – Chan Tamat Latihan Komando

by VOKALIS 29/04/2024 523

Minatnya yang mendalam sejak menuntut di universiti menjadi pembakar semangat sehingga berjaya menamatkan latihan komando.

Leftenan Muda Chan Ming Youn menjadi penuntut tunggal berbangsa Cina yang berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando, hari ini.

Min Youn berkata, minatnya untuk menyertai latihan komando itu wujud selepas mengikuti program Askar Wataniah ketika menuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar jurusan perakaunan itu berkata, sebelum ini juga dirinya tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang ketenteraan namun segala-galanya berubah ketika menyertai Askar Wataniah.

“Saya menyertai Rejimen 515 Askar Wataniah dan sejak itu saya dapat segala ilmu, pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang ini termasuklah berkaitan Komando.

“Disebabkan mahu mencabar diri, saya sertai latihan asas komando ini dan mahu tunjukkan walaupun saya hanyalah Askar Wataniah tetapi saya juga mampu menjadi seorang Komando,” katanya selepas Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, Melaka.

Dalam majlis itu seramai sembilan pegawai dengan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) menerima Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando.

Kesemua mereka menerima penganugerahan itu selepas berjaya menamatkan pelbagai peringkat latihan selama 12 minggu.

Dalam pada itu, Ming Youn yang juga dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) berkata, beliau akan menambah lagi pengetahuan serta kepakaran sekali gus mampu menjadi pegawai yang berkualiti seterusnya membawa nama baik Komando. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Pelakon Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah

by thevokal 18/01/2026 13

Usaha mengesan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa

Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 26

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 26

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.