THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Murid Sekolah Menengah Tipu Ibu RM25,000 – Pakat Dengan Dua Rakan
 Murid Sekolah Menengah Tipu Ibu RM25,000 – Pakat Dengan Dua Rakan
Semasa

Murid Sekolah Menengah Tipu Ibu RM25,000 – Pakat Dengan Dua Rakan

by VOKALIS 19/01/2024 239

Seorang murid sekolah menengah berusia 15 tahun tergamak memperdayakan ibunya sendiri yang berumur 58 tahun, membabitkan wang tunai berjumlah RM25,000.

Dia berkomplot dengan dua lagi rakannya masing-masing berumur 17 dan 29 tahun bagi melakukan penipuan terbabit yang akhirnya mengakibatkan mereka semua ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pada 27 November 2023, suspek berusia 15 tahun itu bertindak tidak pulang ke rumah lantas menimbulkan kegusaran kepada ibunya.

Superintenden Arshad Abu

Katanya, ibu suspek yang berkerja sebagai pembantu klinik telah berjumpa dengan rakan anaknya berumur 17 tahun dan dimaklumkan kononnya suspek ditahan di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan.

“Rakan anaknya itu juga memberitahu bahawa si ibu perlu memberi wang tunai sebanyak RM25,000 untuk pembebasan.

“Dalam kejadian ini seorang lagi lelaki berusia 29 tahun, juga rakan kepada kedua-dua remaja ini telah terlibat dan memainkan peranan menyamar sebagai anggota polis untuk memperdayakan mangsa.

“Pada 29 November 2023, mangsa telah pergi ke Pejabat Tabung Haji Cawangan Masjid Tanah untuk mengeluarkan wang berjumlah RM25,000 dan diserahkan secara tunai kepada suspek berusia 17 tahun itu,” katanya sambil menambah murid berusia 15 tahun itu telah pulang ke rumah pada 30 November 2023.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret, Alor Gajah hari ini.

Kredit: Melaka Kini

“Selepas anaknya pulang, mangsa membuat semakan di balai polis melalui adik iparnya dan hasil semakan mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat ke atas suspek.

“Dalam perkara ini mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu dengan rakan anaknya dan telah membuat laporan polis pada 2 Disember 2023.

“Polis menahan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.