Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Nasib Tak Putus Jari – Mercun Bola Meletop Sebelum Qiamulail
 Nasib Tak Putus Jari – Mercun Bola Meletop Sebelum Qiamulail
Semasa

Nasib Tak Putus Jari – Mercun Bola Meletop Sebelum Qiamulail

by VOKALIS 09/04/2024 611

Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila mercun bola yang dimain bersama rakan meletup dan menyebabkan jarinya cedera dalam kejadiab di Meru, Klang kelmarin.

Bapanya, Mohd Faizul Mohd Saibani,44, berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, anaknya, Muhammad Iman Fattah, 11, ingin tidur di surau bersama rakan-rakannya untuk melakukan qiamulail.

Menurutnya, sebaik selesai solat tarawih, dia bersama rakan-rakannya bermain mercun bola api namun ada antaranya meletup terlalu cepat.

“Jemaah surau yang melihat kejadian itu membantu memberi rawatan awal sebelum anak saya pulang ke rumah.

“Ketika anak saya ingin membaling mercun itu, tiba-tiba ia terus meletup namun sempat dibaling tetapi percikan api itu terkena di tangan kanan.

“Selepas mengetahui kejadian itu, saya kemudian membawa anak ke klinik di Rantau Panjang sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta di Klang,” katanya.

Mohd Faizul berkata, anaknya itu kemudian ditahan di wad dan hasil pemeriksaan X-Ray mujur tangannya tidak mengalami kecederaan serius serta tidak perlu menjalani pembedahan.

“Saya bersyukur tangan anak tidak mengalami kecederaan serius.

“Selepas kejadian ini anak saya serik untuk bermain mercun kerana hampir kehilangan jari tangannya,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 6

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 50

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.