Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Nikah Di Bali, Tiko Aryawardhana Dan Bunga Citra Lestari Tempah Semua Bilik Hotel Mewah Untuk Tetamu
 Nikah Di Bali, Tiko Aryawardhana Dan Bunga Citra Lestari Tempah Semua Bilik Hotel Mewah Untuk Tetamu
Sedunia Selebriti Semasa

Nikah Di Bali, Tiko Aryawardhana Dan Bunga Citra Lestari Tempah Semua Bilik Hotel Mewah Untuk Tetamu

by VOKALIS 02/12/2023 1243

Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari dilaporkan telah menempah semua bilik hotel mewah di Bali, Indonesia buat tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya bersama Tiko Aryawardhana petang ini.

Menurut sumber, upacara pernikahan Bunga dan Tiko yang merupakan seorang usahawan ternama berlangsung di sebuah acara tertutup dengan dihadiri seramai 100 tetamu sahaja.

Bertempat di sebuah resort bertaraf lima bintang yang terdapat di pusat peranginan tersebut, difahamkan kawasan sekeliling telah dikawal ketat oleh anggota polis sejak awal pagi lagi.

“Tidak boleh membuat sebarang liputan. Di kawasan pondok keselamatan juga tidak dibenarkan,” kata seorang pengawal keselamatan kepada wakil media.

Semalam, figura tersohor itu menukar nama akaun Instagram kepada @itsmebcl seolah-olah menguatkan lagi khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga hari ini.

Sebelum ini, seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, membocoran rahasia apabila mengatakan bahawa BCL bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali.

BCL pernah berkahwin dengan pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2008 itu dikurniakan seorang putera, Noah yang kini berusia 12 tahun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 95

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 105

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 106

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.