Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Polis Siasat Kilang Stoking Kalimah Allah – Kilang Di Batu Pahat
 Polis Siasat Kilang Stoking Kalimah Allah – Kilang Di Batu Pahat
Semasa

Polis Siasat Kilang Stoking Kalimah Allah – Kilang Di Batu Pahat

by VOKALIS 18/03/2024 501

Exco Hal Ehwal Agama Johor Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan polis sudah mengambil tindakan awal dan menyiasat kilang yang didakwa mengeluarkan stoking tertera kalimah Allah di Batu Pahat.

Beliau menjelaskan sudah menghubungi Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang mengesahkan tindakan awal sudah dibuat.

“Kita percaya polis akan melaksanakan tugas mereka dan saya berharap semua orang Islam bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini, baru-baru ini.

Mohd Fared berkata, pihaknya menyokong semua tindakan perundangan kepada pihak berkenaan dan sedia membantu pihak berkuasa yang terbabit.

“Kita akan ambil tindakan sebaiknya sekiranya agensi penguat kuasa kita diperlukan untuk buat serbuan dan operasi bersama, kita akan menggerakkan semua agensi,” katanya.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya penjualan stoking tertera kalimah Allah itu dan memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memainkan sentimen keagamaan seperti itu.

“Kita percaya hal ini tidak akan berulang lagi. Untuk bangsa Johor (minta) untuk semuanya berterusan memantau, membantu kita agensi kerajaan negeri dan melaporkan kepada pejabat kadi, pejabat polis daerah sekiranya ada kecurigaan pada hal hal berkaitan dengan masalah ini,” katanya.

Rabu lalu tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 11

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 13

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.