THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sensasi
  3. PU Azman Tenang – Ada Prima Facie, Diarah Bela Diri 
 PU Azman Tenang – Ada Prima Facie, Diarah Bela Diri 
Sensasi

PU Azman Tenang – Ada Prima Facie, Diarah Bela Diri 

by VOKALIS 26/12/2023 358

Pendakwah Selebriti PU Azman dilihat tenang ketika Mahkamah Sesyen Klang hari ini memerintahkannya membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.

Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap terhadap Azman Syah Alias, 42. 

“Setelah mendengar dan meneliti saksi pendakwaan dan semua bukti dan serta meneliti hujahan pendakwaan, mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT (Orang Kena Tuduh) atas tuduhan pertama dan tuduhan kedua. Oleh yang demikian OKT diarah untuk membela diri,” katanya.

Ketika keputusan dibacakan, Azman Syah yang berada di dalam kandang tertuduh kelihatan tenang dan setelah Syafeera menerangkan pilihan yang diberikan, dia memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan memberi keterangan secara bersumpah.

“Yang Arif, saya memilih keterangan bersumpah dari kandang saksi,” kata pendakwah selebriti itu.

Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Feb serta 29 Jun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Jan ini untuk sebutan semula kes.

Tujuh saksi memberi keterangan pada perbicaraan bermula 5 Sept lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ayuni Jamri dan Nurul Izzati Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad.

Azman Syah yang mesra disapa Cik Man turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.