Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Akhirnya Mayat Damia Ditemukan – Tragedi Dua Bersahabat Mangsa Lemas 
 Akhirnya Mayat Damia Ditemukan – Tragedi Dua Bersahabat Mangsa Lemas 
Semasa

Akhirnya Mayat Damia Ditemukan – Tragedi Dua Bersahabat Mangsa Lemas 

by VOKALIS 26/12/2023 764

Seorang lagi mayat mangsa dalam tragedi dua bersahabat yang mati lemas dalam kejadian di Kampung Petai Dusun Rantau Panjang, Kelantan Selasa lalu ditemukan hari ini.

Mayat Nur Damia Qaisara Mohd Sabre ditemukan kira-kira pukul 7 pagi di kawasan kebun kelapa sawit, kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata mangsa kedua ditemukan kira-kira 8 pagi pada jarak 100 meter dari kawasan mangsa pertama, Siti Aisyah, ditemukan.

Beliau memberitahu, pihaknya dalam proses membawa jenazah keluar untuk diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke unit forensik Hospital Tanah Merah (HTM) bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, bapa kepada mangsa iaitu Mohd Sabri Mohd Noor, 33, berkata kakinya berasa longlai ketika anggota penyelamat memaklumkan mengenai penemuan anaknya.

“Alhamdulillah, jasad anak saya ditemukan walaupun dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.

“Pagi ini, kami terpaksa menerima khabar yang paling takut untuk didengar. Alhamdulillah, Tuhan hanya memberi kesempatan selama 11 tahun sahaja untuk kami bersama dengan Damia,” katanya. 

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Siti Aisyah Mazi manakala rakan mangsa, Nur Damia Qaisara dikhuatiri lemas. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 10

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 19

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.