Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Rezeki Suami Dan Anak-Anak Arwah Fiza – PERKESO Salur Faedah Pencen Penakat & Faedah Mayat
 Rezeki Suami Dan Anak-Anak Arwah Fiza – PERKESO Salur Faedah Pencen Penakat & Faedah Mayat
Semasa

Rezeki Suami Dan Anak-Anak Arwah Fiza – PERKESO Salur Faedah Pencen Penakat & Faedah Mayat

by VOKALIS 10/01/2024 615

Kasih sayang Allahyarham Fiza Kamarudin terus mengalir buat suami dan anak-anaknya apabila carumannya bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mebuahkan hasil.

Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin atau Fiza yang meninggal dunia di London pada Disember tahun lalu layak menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Mayat (FPM) dari Perkeso.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed memaklumkan, semakan rekod caruman mendapati arwah pernah berkhidmat di tujuh syarikat berbeza sejak Disember 2002.

Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

“Sehubungan itu, suami arwah, Mohd Roshdi Ramli layak mendapat faedah PERKESO untuk sepanjang hayat, manakala dua anaknya diberikan manfaat sama sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin.

“Faedah ini boleh dilanjutkan sekiranya mereka menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.

Siti Nor Hafiza Kamarudin

“Berdasarkan rekod caruman PERKESO milik arwah, kami mendapati keluarganya layak terima bayaran berkala Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,975.00 setiap bulan dan Fardah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 secara sekali bayar menerusi Skim Keilatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4),” katanya selepas mengadakan Ziarah Prihatin di kediaman waris di Ampang, Selangor, hari ini.

Allahyarham Fiza, 41, meninggal dunia di London ketika bercuti akibat pendarahan otak pada 28 Disember di kota London.

Arwah ke London dengan tajaan dan percutian itu adalah hajat terakhir arwah Fiza bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

Jenazah Fiza selamat dikebumikan pada Sabtu lepas sebaik tiba dari London.

Kos membawa pulang jenazah hasil sumbangan dari pelbagai pihak termasuk Tabung Bantulah Fiza oleh Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di mana sebanyak RM50,000 disampaikan kepada waris. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 101

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 117

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 114

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.