Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Rompak Hingga Cedera – Ejen Insurans Mengaku Tidak Bersalah
 Rompak Hingga Cedera – Ejen Insurans Mengaku Tidak Bersalah
Semasa

Rompak Hingga Cedera – Ejen Insurans Mengaku Tidak Bersalah

by VOKALIS 21/05/2024 574

Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki, dua bulan lepas.

Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Lim Mun Hon, 27, di hadapan sebuah restoran di Manjalara, Kepong, di sini pada 1 tengah hari, 23 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah kerana anak guamnya mempunyai tanggungan iaitu isteri tidak bekerja serta dua anak yang masih kecil.

Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan Mohammad Hasbullah diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 23

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 42

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 68

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.