
Ada 13 Rekod Jenayah Lampau – Lelaki Ditembak Memang Diburu Polis
Lelaki yang ditembak dalam satu kejadian di Puchong Prima semalam adalah suspek yang memang dalam senarai dikehendaki polis.
Lebih mengejutkan, si mati mempunyai 13 rekod pelbagai jenayah lampau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek adalah seorang lelaki tempatan mempunyai tujuh rekod jenayah dan enam rekod kesalahan narkotik.
Menurutnya, suspek maut selepas berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima, di sini sekitar jam 3.49 petang Ahad.

“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
“Polis juga terkesan satu rakaman video berkait kejadian ini tular di media sosial, justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video berkenaan bagi mengelak kegusaran masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, Hussein meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil bagi membantu siasatan.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke IPD Subang Jaya di talian 0378627222 atau tampil ke balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Semalam, media melaporkan penduduk sekitar kawasan Jalan Puchong Prima 3 gempar apabila bunyi letupan kedengaran dipercayai susulan kejadian tembakan di sini hari ini.
Satu klip video berdurasi 39 saat memaparkan beberapa lelaki menjerit lalu kedengaran bunyi dipercayai tembakan dilepaskan turut tular di media sosial. – THE VOKAL