Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Stadium
  3. Tempoh Penting 72 Jam – Penentu Faisal Halim
 Tempoh Penting 72 Jam – Penentu Faisal Halim
Stadium

Tempoh Penting 72 Jam – Penentu Faisal Halim

by VOKALIS 20/05/2024 705

Tempoh antara 48 hingga 72 jam bakal menentukan nasib pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim sama ada hospital terus menjadi rumah keduanya atau dibenarkan pulang dalam minggu ini.

Pemain kebangsaan itu menjalani pembedahan keempat membabitkan proses ‘split skin grafting’ (SSG), pagi tadi dan perkembangan Faisal akan terus dipantau di hospital.

Ketua Perubatan Sukan SFC, Dr Muhammad Hazwan Khair menjangkakan pembedahan keempat itu bakal menjadi prosedur terakhir buat ‘Mickey’, namun tidak menolak kemungkinan pemain itu perlu menjalani beberapa prosedur kecil selepas ini.

“Faisal menjalani pembedahan keempat membabitkan prosedur SSG seperti yang dirancang pakar bedah. Jadi bagi sebarang perkembangan, saya rasakan kita perlu menunggu 48 hingga 72 jam untuk melihat status Faisal selepas pembedahan itu.

“Insya-Allah ini adalah pembedahan terakhir, tetapi kita perlu ingat perkara ini berperingkat dan kita perlu menilai Faisal secara klinikal dari semasa ke semasa. Saya harap tiada prosedur besar-besaran untuknya selepas ini.

“Semua proses (empat pembedahan) yang dilalui ini adalah langkah biasa untuk merawat kecederaan melecur dan kita jangkakan perkembangannya seperti dirancang.

“Bergantung (keluar hospital) kepada pakar bedah kerana kita bukan hanya melihat kepada status dan maklum balas terhadap pembedahan, tetapi kita melihat tahap kesihatan Faisal secara keseluruhan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Hazwan turut melihat rawatan pemain itu bukan hanya bersandarkan kepada fizikal semata-mata, malah mental dan psikologi Faisal perlu ‘dirawat’ bagi memastikan dia dapat kembali beraksi seperti biasa.

“Kita akan meminta bantuan Institut Sukan Negara (ISN) untuk melakukan beberapa penilaian psikologi kepada Faisal.

“Kita akan membuat kajian mendalam bagi melihat bagaimana psikologi dan emosi Faisal kerana ini adalah aspek yang penting sebelum dia kembali beraksi,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 47

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 46

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 53

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.