Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Tentera Israel Teruskan Kekejaman – Sasar Peluru Berpandu Ke Kem Pelarian
 Tentera Israel Teruskan Kekejaman – Sasar Peluru Berpandu Ke Kem Pelarian
Semasa

Tentera Israel Teruskan Kekejaman – Sasar Peluru Berpandu Ke Kem Pelarian

by VOKALIS 27/05/2024 672

Tentera Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai baharu terhadap berpuluh-puluh pelarian Palestin yang mencari perlindungan di bandar paling selatan Semenanjung Gaza, Rafah, lapor portal berita Al Mayadeen hari ini.

Tentera Israel mengebom kem pelarian yang berada di gudang agensi bantuan Palestin kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Rafah. Kawasan itu merupakan zon selamat terakhir untuk penduduk Gaza.

Ini kerana tentera Israel telah memusnahkan kebanyakan kawasan yang menjadi kediaman penduduk di utara dan tengah Gaza.

Pejabat media pentadbiran Hamas di Gaza melaporkan bahawa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengerikan dengan menumpukan serangan ke atas khemah-khemah pelarian Palestin.

Kem pelarian itu menjadi sasaran tujuh peluru berpandu dan bom jenis berat.

Media kerajaan menjelaskan bahawa pengeboman itu menyebabkan lebih 40 orang syahid dan ramai lagi penduduk Palestin cedera.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, usaha mencari mangsa yang hilang di lokasi kejadian masih diteruskan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 14

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 20

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 256

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.