Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Maut Tertimbus Tanah Runtuh – Runtuhan Tapak Kuari Ragut Nyawa Lelaki
 Maut Tertimbus Tanah Runtuh – Runtuhan Tapak Kuari Ragut Nyawa Lelaki
Semasa

Maut Tertimbus Tanah Runtuh – Runtuhan Tapak Kuari Ragut Nyawa Lelaki

by VOKALIS 04/01/2024 625

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam kejadian runtuhan tapak kuari di Bandar Saujana Putra, Banting di Selangor.

Kedua-dua rakan itu tertimbus di kedalaman lebih satu meter dalam kejadian petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa yang maut dikeluarkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang pada 6.42 petang.

Katanya, terdahulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 4.32 petang.

“Sebaik pasukan tiba, didapati berlaku runtuhan di tapak kuari pada kedalaman 1.2 meter, yang membabitkan dua mangsa lelaki tempatan berusia 30-an.

“Seorang mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat menemui mangsa kedua selepas pencarian selama kira-kira dua jam, namun mangsa disahkan meninggal dunia. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 17

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 21

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 258

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.