Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. 12,000 Solat Subuh Di JB – Solat Berjemaah Dua Pusingan
 12,000 Solat Subuh Di JB – Solat Berjemaah Dua Pusingan
Semasa

12,000 Solat Subuh Di JB – Solat Berjemaah Dua Pusingan

by VOKALIS 22/01/2024 700

Misi untuk memenuhkan jemaah masjid solat fardu Subuh sama seperti solat Jumaat semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Terbaru, Program Semarak Subuh yang diadakan di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini mendapat sambutan luar biasa apabila masjid itu dibanjiri lebih 12,000 jemaah.

Kehadiran jemaah yang sangat ramai itu menyebabkan solat Subuh secara berjemaah didirikan dua kali.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi terharu dengan kehadiran jemaah yang amat menggalakkan bagi menyokong program cetusan ideanya sejak awal tahun ini.

“Semenjak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini merupakan hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.

“Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program #SemarakSubuhJohor #SolatSubuhMacamJumaat bertempat di Masjid Sultan Iskandar.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur, pihak penyumbang dan rakan-rakan pempengaruh lain serta pihak pengurusan masjid yang menjayakan program hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sebelum ini turut menjalankan kempen yang sama dan mendapat sambutan serta pujian ramai. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 170

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 183

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 171

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.