Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Isa Samad Lepas Dan Bebas – Sembilan Tuduhan Rasuah RM3 Juta
 Isa Samad Lepas Dan Bebas – Sembilan Tuduhan Rasuah RM3 Juta
Semasa

Isa Samad Lepas Dan Bebas – Sembilan Tuduhan Rasuah RM3 Juta

by VOKALIS 06/03/2024 440

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini dilepas dan dibebaskan atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah, membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Mohd Isa, 75, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mendapati Mohd Isa yang juga bekas Pengerusi Felda, bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda di Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun, jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman penjara itu berjalan serentak. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium

by thevokal 30/09/2025 248

BIDUANITA Negara dan ikon muzik Asia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan perjalanan seninya

Santai Selebriti

Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai

by thevokal 28/09/2025 42

PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman akui risau dengan gaya hidup masa kini sesetengah lelaki

Santai

‘Isteri menopaus di usia 45 tahun, bantulah

by thevokal 28/09/2025 32

TIDAK dinafikan, terdapat sesetengah masyarakat kita memandang remeh terhadap kepentingan seks atau hubungan intim

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.