THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Dua Angota Polis – Antara Empat Mangsa Bot Karam Di Kapit
 Dua Angota Polis – Antara Empat Mangsa Bot Karam Di Kapit
Semasa

Dua Angota Polis – Antara Empat Mangsa Bot Karam Di Kapit

by VOKALIS 08/03/2024 197

Dua anggota polis adalah antara empat mangsa yang masih hilang dalam insiden bot karam di Sungai Batang Baleh, berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, Kapit.

Ketua Polis Daerah Kapit Deputi Superintenden Rohana Nanu berkata ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kuching ke Ng Tulie, Kapit dengan mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram dan peledak – 1050rds.

Beliau berkata dua anggota polis yang masih hilang itu ialah Sarjan Jonathan Lambet dari cawangan Kebajikan dan Konstabel Iskandar Ibrahim dari cawangan Persenjataan di IPD Kapit.

Rohana berkata dalam kejadian sekitar jam 5 petang tadi, dua anggota polis bersama tiga lagi penumpang menaiki bot dari jeti SK Lepong Baleh ke Ng Tulie untuk menghantar bahan letupan berkenaan.

“Semasa sampai di tempat kejadian, bot tersebut membelok ke kiri sedikit menuju ke hulu sungai dan menempuh air yang berpusar, menyebabkan bot dinaiki terbalik dan karam ke dalam sungai.

“Seorang mangsa sempat diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi belum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata mangsa yang berjaya diselamatkan orang awam dikenali sebagai Moses Ngui, 47, manakala dua orang awam yang hilang dikenal pasti sebagai Amerson John Nain dan Jack Balan.

Memetik laporan Bernama, ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, beliau berkata panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 5.25 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, telah tiba di lokasi yang terletak sejauh 13 kilometer itu pada jam 5.45 petang.

Beliau berkata pasukan bomba telah membuat penilaian awal kawasan lokasi, serta mendapatkan maklumat daripada mangsa yang terselamat dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.