Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. KWSP Perkenal Akaun Fleksibel – Pengeluaran Bila ‘Terdesak’
 KWSP Perkenal Akaun Fleksibel – Pengeluaran Bila ‘Terdesak’
Semasa

KWSP Perkenal Akaun Fleksibel – Pengeluaran Bila ‘Terdesak’

by VOKALIS 26/04/2024 629

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal melaksanakan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel bermula 11 Mei ini untuk tujuan kecemasan dan hanya dapat dikeluarkan sekiranya ‘terdesak’.

Memetik laporan Astro Awani, inisiatif ini tertakluk kepada Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun bakal mempunyai akaun baharu dikenali sebagai Akaun Fleksibel.

Simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, sementara Akaun Fleksibel akan dimulakan dengan baki sifar.

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan disalurkan ke akaun baru dengan pecahan kepada 75% ke Akaun Persaraan, 15% ke Akaun Sejahtera, dan 10% ke Akaun Fleksibel.

Ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel pada bila-bila masa dengan jumlah minimum pengeluaran adalah RM50.

Ahli turut diberi pilihan untuk memindahkan sebahagian dari simpanan mereka dalam Akaun Sejahtera (Akaun 2) sebagai jumlah awal untuk Akaun Fleksibel (Akaun 3). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 16

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 21

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 257

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.