Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. ‘Master Mind’ Dadah Segi Tiga Emas Kantoi – Rakyat Malaysia Dikehendaki Ditahan 
 ‘Master Mind’ Dadah Segi Tiga Emas Kantoi – Rakyat Malaysia Dikehendaki Ditahan 
Sedunia

‘Master Mind’ Dadah Segi Tiga Emas Kantoi – Rakyat Malaysia Dikehendaki Ditahan 

by VOKALIS 02/01/2024 694

Dia perancang utama yang berperanan sebagai pemeroleh dan penyelaras dalam perdagangan dadah di kawasan Segi Tiga Emas, sejak 2006.

Lelaki yang juga pelarian warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana menyeludup dadah ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos pada 29 Disember lalu. 

Suspek yang digelar Raja Dadah Malaysia itu ditahan bersama rampasan anggaran nilai aset berjumlah 85 juta baht (kira-kira RM11 juta). 

Menurut polis Thailand, warga Malaysia berusia 39 tahun itu, seorang yang didakwa pengedar dadah dan ahli penting sindiket dadah bersembunyi di Laos. 

Penolong Ketua Polis Negara Leftenan Jeneral Panurat Lakboon berkata, Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) menyiasat lelaki warga Malaysia itu, yang disyaki pengedar dadah yang memainkan peranan penting sebagai pemeroleh dan penyelaras dalam perdagangan dadah di kawasan Segi Tiga Emas, sejak 2006.

“Suspek bekerjasama dengan rangkaian dadah di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos. Dia juga menggunakan Thailand untuk pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit untuk penyeludupan dadah, termasuk ke negara ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.

“Penangkapan itu adalah hasil siasatan berterusan dan penyelarasan rapat antara agensi penguatkuasaan Thailand, Malaysia dan Laos,” katanya dalam satu kenyataan.

Panurat menambah, penyiasat mengenal pasti lelaki itu sebagai suspek utama di sebalik kes dadah besar pada Jun tahun lalu – rampasan 998 kilogram kristal methamphetamine dan penahanan tujuh suspek di wilayah Ratchaburi. Waran tangkap kemudiannya dikeluarkan untuknya pada Ogos tahun sama.

Kemudian, pihak berkuasa Thailand merampas aset lelaki Malaysia itu, termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai, dan barang berharga lain, di Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 86

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 27

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 39

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.