Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Mata Saya Bertukar Putih Dan Minta Maaf Pada Suami…” – Nora Hanya Fikir Mati
 “Mata Saya Bertukar Putih Dan Minta Maaf Pada Suami…” – Nora Hanya Fikir Mati
Selebriti Semasa

“Mata Saya Bertukar Putih Dan Minta Maaf Pada Suami…” – Nora Hanya Fikir Mati

by VOKALIS 07/12/2023 765

Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsi dirinya hanya memikirkan mati ketika bertarung nyawa selepas berdepan dengan komplikasi jantung baru-baru ini.

Beliau berkata, dirinya dimasukkan ke sebuah pusat rawatan swasta di Bangi kerana mengalami demam panas dan dimasukkan air.

“Ketika dalam rawatan berlaku kesilapan teknikal pada saya dan saya membuat keputusan untuk dipindahkan ke hospital.

“Selepas dimasukkan ke hospital doktor dapati bahagian paru-paru saya dipenuhi air dan ketika itu saya sukar bernafas.

“Saya ingat lagi saya hanya fikir saya akan mati dan ketika itu pandangan mata juga sudah putih dan saya mula meminta maaf kepada suami,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Penyanyi lagu Naluri itu berkata dia bernasib baik meskipun berada dalam keadaan koma selama dua hari dan sedar sebaik mendapat rawatan di hospital swasta di Kajang.

“Saya dijaga tiga pakar di hospital itu dan Alhamdulillah kembali pulih dan dapat pulang ke rumah bersama suami dan anak-anak,” katanya.

Nora mengakui insiden itu memberikan pengajaran kepada dirinya dan membuatkan dia lebih menghargai kehidupan serta keluarga.

“Saya juga tak fikir untuk mengambil sebarang tindakan meskipun ada berlaku kecuaian ketika saya dirawat di peringkat awal sebelum ke hospital.

“Apa yang penting saya selamat dan dapat meneruskan hidup dan memperbaiki diri,” katanya.

Terdahulu Nora melancarkan pes masakan Secukup Rasa dengan dua variasi iaitu kerutuk dan serbaguna yang diusahakan sejak tahun 2000.

“Saya bersyukur kerana jenama pes masakan saya ini mendapat sambutan baik terutamanya ketika zaman PKP.

“Saya ingat lagi, pernah hasilkan rendang tok menggunakan tiga ekor lembu ketika itu,” katanya.

Pes masakan itu boleh didapati menerusi platform Shopee dengan harga RM20 sepeket. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Disaksikan 65,000 Peminat, Siti Nurhaliza Sumbang RM1

by thevokal 12/01/2026 11

Kejayaan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza pada 10 Januari baru-baru ini, bukan sekadar diraikan

Selebriti

Siti Nurhaliza Cipta Momen Ikonik Legacy 30,

by thevokal 12/01/2026 13

HEBAT! Sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah suasana Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang telah

Selebriti

‘Jangan cepat menghukum’ – Dr Afif pertahankan

by thevokal 09/01/2026 26

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.