Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. PENGASIH gesa PEMADAM lebih proaktif tangani isu penyalahgunaan dadah
 PENGASIH gesa PEMADAM lebih proaktif tangani isu penyalahgunaan dadah
Semasa

PENGASIH gesa PEMADAM lebih proaktif tangani isu penyalahgunaan dadah

by VOKALIS 18/11/2026 22

PERSATUAN PENGASIH Malaysia menyarankan agar Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), khususnya di peringkat tertinggi, meningkatkan kepekaan dan pendekatan proaktif dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta memperkukuh agenda pemerkasaan Dasar Dadah Negara dalan teras pendidikan pencegahan. 

Penaung dan Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd Husin
Delegasi berkenaan turut mengikuti lawatan fasiliti dan taklimat lengkap profil Persatuan PENGASIH Malaysia yang disampaikan oleh presiden PENGASIH, Hafizi Harun.

Kehadiran AI perlulah dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan tindakan- tindakan serta langkah-langkah pencegahan secara menyeluruh.

Penaung dan Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd Husin, dalam ucapannya sempena kunjungan bersejarah delegasi Jawatankuasa PEMADAM Daerah Manjung ke Kompleks PENGASIH Cinta Manis pada Khamis lalu, menekankan kepentingan peranan PEMADAM dalam mengenal pasti isu penyalahgunaan dadah di peringkat akar umbi.

Majlis turut diserikan dengan ucapan ringkas wakil delegasi PEMADAM Daerah Manjung, Zainol Kamal Zakaria, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung.

Beliau turut menekankan bahawa usaha membanteras penyalahgunaan dadah tidak seharusnya terhad kepada kempen kesedaran semata-mata, sebaliknya memerlukan orientasi pendidikan pencegahan yang berterusan, tindakan tegas lebih menyeluruh serta kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Menurut beliau,  pendekatan yang memberi perhatian kepada aspek  pengurangan faktor risiko akan meningkatkan aspek faktor perlindungan. Usaha memperkasakan program pencegahan perlulah dilihat sebagai sebuah pelaburan yang akan memberikan pulangan yang tinggi kepada kesejahteraa  masyarakat.

Lawatan delegasi PEMADAM Daerah Manjung ke Kompleks PENGASIH Cinta Manis itu bertujuan memberi pendedahan mengenai pendekatan  dan pengalaman PENGASIH Malaysia yang bukan sahaja terkenal di tanah air malah begitu dikenali di luar negara dalam bidang rawatan serta pemulihan individu yang berhadapan dengan masalah ketagihan.

Delegasi berkenaan turut mengikuti lawatan fasiliti dan taklimat lengkap profil Persatuan PENGASIH Malaysia yang disampaikan oleh presiden PENGASIH, Hafizi Harun. PEMADAM Daerah Manjung begitu kagum dengan pencampaian PENGASIH yang banyak menerima anugerah di dalam negara.

Program turut menampilkan sesi perkongsian pengalaman daripada klien PENGASIH serta sesi soal jawab yang memberi peluang kepada delegasi memahami cabaran sebenar yang dihadapi individu sepanjang menjalani proses pemulihan.

Majlis turut diserikan dengan ucapan ringkas wakil delegasi PEMADAM Daerah Manjung, Zainol Kamal Zakaria, Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Manjung, selain pertukaran cenderahati, sesi fotografi dan jamuan makan tengahari turut disajikan.

PENGASIH Malaysia berharap kunjungan tersebut menjadi titik tolak kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pemulihan dadah demi kesejahteraan masyarakat. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Cinta terlarang bapa saudara, anak saudara jadi

by VOKALIS 18/11/2026 12

Hubungan kekeluargaan yang bertukar menjadi dilema perasaan menjadi taruhan drama terbaharu Viu Original, Wali

Semasa

Kembara Wahyu teroka khazanah Islam di Oman,

by VOKALIS 18/11/2026 9

SELEPAS membawa penonton menelusuri kisah Nabi Musa AS di bumi Mesir, siri dokumentari Kembara

Semasa

Kuantan jadi destinasi baharu ABFGR 2027, Singgah

by VOKALIS 18/11/2026 17

ABSOLUT Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) kembali memeriahkan sambutan menjelang Aidilfitri menerusi penganjuran

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.