Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. RM775,000 sokongan Kerajaan Pahang, MUIP perkasa operasi PENGASIH
 RM775,000 sokongan Kerajaan Pahang, MUIP perkasa operasi PENGASIH
Semasa

RM775,000 sokongan Kerajaan Pahang, MUIP perkasa operasi PENGASIH

by VOKALIS 18/11/2026 12

PERSATUAN PENGASIH MALAYSIA, PENGASIH Pahang terus memperkukuh usaha rawatan, pemulihan dan pencegahan penyalahgunaan dadah serta bahan menerusi sokongan kewangan Kerajaan Negeri Pahang berjumlah RM75,000.

Bantuan khas yang diluluskan Menteri Besar Pahang ketika pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026 itu dimanfaatkan sepenuhnya bagi melaksanakan pelbagai program pengukuhan kepulihan, termasuk pembangunan diri, sokongan psikososial dan penglibatan keluarga.

Penaung dan Penasihat PENGASIH Malaysia, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin

Penaung dan Penasihat PENGASIH Malaysia, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, bantuan berkenaan bukan sekadar sokongan kewangan, malah satu pengiktirafan terhadap peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu kerajaan menangani isu ketagihan dalam masyarakat.

Menurutnya, pelbagai program dilaksanakan bagi membantu klien serta ahli keluarga membina kekuatan diri, meningkatkan motivasi, menguasai kemahiran kehidupan dan mengekalkan proses kepulihan dalam jangka panjang.

Beliau berkata, pemulihan ketagihan bukan hanya tertumpu kepada usaha menghentikan penggunaan dadah atau bahan, sebaliknya memerlukan perubahan menyeluruh merangkumi aspek pemikiran, tingkah laku, emosi, kerohanian dan hubungan sosial.

“Isu ketagihan memerlukan penglibatan pelbagai pihak. aKerjasama kerajaan, NGO, institusi agama, keluarga, sektor swasta dan masyarakat amat penting bagi memastikan individu terkesan mendapat peluang kedua untuk membina kehidupan lebih baik,”katanya.

 

MUIP sakur RM500,000 bangunkan Surau Kompleks PENGASIH

 

Dalam perkembangan berkaitan, PENGASIH turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) atas sokongan berterusan terhadap pembangunan organisasi itu, khususnya Kompleks PENGASIH Cinta Manis.

Antara sumbangan utama MUIP ialah peruntukan RM500,000 bagi pembangunan surau kompleks berkenaan yang dijangka memperkukuh aktiviti kerohanian, pembentukan sahsiah dan penghayatan nilai murni dalam kalangan penghuni serta komuniti setempat.

Penghargaan turut diberikan kepada Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, atas keprihatinan dan bimbingan strategik beliau terhadap pembangunan PENGASIH.

Selain itu, MUIP turut menyediakan bantuan makanan dan minuman dalam bentuk barangan keperluan kering bernilai RM200,000 bagi membantu memenuhi keperluan asas penghuni serta meringankan beban pengurusan operasi pusat.

Sokongan berkenaan turut dipermudah menerusi komitmen Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Dr Asmadi, dalam memastikan kelangsungan operasi dan kebajikan penghuni kompleks berkenaan.

Malah, cadangan menjadikan premis PENGASIH sebagai aset wakaf kepada MUIP turut dilihat sebagai pendekatan jangka panjang bagi menjamin kelestarian pembangunan dan pengurusan kompleks berkenaan.

 

Sasar Jadi Pusat Kecemerlangan Rawatan dan Pemulihan  

 

 

Mengulas hala tuju organisasi, Abd Halim berkata, PENGASIH berhasrat memperluas peranannya daripada sebuah pusat rawatan dan pemulihan kepada Pusat Kecemerlangan Rawatan dan Pemulihan serta Kompleks Pembangunan Insan berteraskan kerohanian.

Menurutnya, visi berkenaan merangkumi pembangunan ekosistem lebih menyeluruh melalui rawatan, pemulihan, latihan, pendidikan, pembangunan keluarga, pencegahan dan pengukuhan nilai kerohanian.

Dalam usaha meningkatkan profesionalisme bidang pemulihan, PENGASIH turut membangunkan modul latihan kecekapan dikenali sebagai Addiction Recovery Coach (ARC).

Modul itu memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran pembimbing kepulihan dalam membantu klien menetapkan matlamat, membina motivasi, mengenal pasti risiko kembali menagih serta mengekalkan perubahan positif.

Kejayaan pembangunan modul berkenaan turut mendapat pengiktirafan apabila meraih pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Serantau anjuran PERKAMA International.

Pencapaian itu membuktikan pengalaman dan kepakaran PENGASIH dalam bidang pemulihan berpotensi diterjemahkan kepada inovasi latihan yang dapat memberi manfaat kepada industri perkhidmatan pemulihan negara.

Kenali Anak Kita

Sementara itu, PENGASIH akan memberikan tumpuan lebih khusus kepada pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan pada 2027 menerusi Modul Kenali Anak Kita (KAK).

Modul berstruktur dan berasaskan pembuktian itu dibangunkan bagi memperkasakan ibu bapa melalui pendidikan keibubapaan, khususnya dalam memahami perkembangan anak, mengenal pasti perubahan tingkah laku serta mengesan faktor risiko lebih awal.

Antara aspek yang diberi penekanan termasuk pembinaan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan anak, pengenalpastian tanda awal tingkah laku berisiko serta tindakan sewajarnya apabila berhadapan situasi membimbangkan.

Abd Halim berpandangan, ibu bapa merupakan barisan pertahanan pertama dalam melindungi generasi muda daripada ancaman penyalahgunaan dadah dan bahan.

Justeru, pendidikan pencegahan perlu bermula dari rumah sebelum diperkukuh melalui sekolah, institusi agama, komuniti dan agensi berkaitan.

Seru Pendekatan Whole Of Nation

Dalam pada itu, PENGASIH Malaysia menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ketagihan menerusi pendekatan Whole of Nation Approach yang menggabungkan kekuatan kerajaan, NGO, institusi agama, keluarga dan masyarakat.

Pendekatan itu penting bagi memastikan usaha pencegahan dan pemulihan dilaksanakan secara kolektif, terselaras serta saling melengkapi, tanpa meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan atau agensi penguatkuasaan.

Kerajaan berperanan menyediakan dasar, peruntukan dan sokongan institusi, manakala NGO melengkapi usaha berkenaan melalui pengalaman lapangan, perkhidmatan pemulihan dan sokongan komuniti.

Institusi agama pula membantu memperkukuh nilai kerohanian, sementara keluarga dan masyarakat menjadi sistem sokongan terdekat kepada individu yang menjalani proses kepulihan.

Sehubungan itu, PENGASIH Malaysia komited untuk terus menyokong agenda pembangunan Kerajaan Negeri Pahang, khususnya menerusi inisiatif PAHANG 1ST yang turut menitikberatkan kesejahteraan sosial dan pembangunan modal insan.

Menurut Abd Halim, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya diukur berdasarkan pembangunan ekonomi dan fizikal, malah turut bergantung kepada kekuatan institusi keluarga, kesihatan sosial serta kesejahteraan masyarakat.

“PENGASIH percaya setiap insan berhak mendapat peluang kedua. Dengan sokongan kerajaan, institusi agama, keluarga dan masyarakat, kepulihan bukan sekadar satu harapan, tetapi realiti yang boleh dibina bersama,” katanya.

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Cinta terlarang bapa saudara, anak saudara jadi

by VOKALIS 18/11/2026 12

Hubungan kekeluargaan yang bertukar menjadi dilema perasaan menjadi taruhan drama terbaharu Viu Original, Wali

Semasa

Kembara Wahyu teroka khazanah Islam di Oman,

by VOKALIS 18/11/2026 9

SELEPAS membawa penonton menelusuri kisah Nabi Musa AS di bumi Mesir, siri dokumentari Kembara

Semasa

Kuantan jadi destinasi baharu ABFGR 2027, Singgah

by VOKALIS 18/11/2026 17

ABSOLUT Bazaar X Festival Gaya Raya (ABFGR) kembali memeriahkan sambutan menjelang Aidilfitri menerusi penganjuran

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.