Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. PU Riz tegur polemik isu solat, jangan sampai perkara asas agama dipersendakan
 PU Riz tegur polemik isu solat, jangan sampai perkara asas agama dipersendakan
"Isu solat bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan" - PU Riz
Selebriti

PU Riz tegur polemik isu solat, jangan sampai perkara asas agama dipersendakan

by VOKALIS 21/11/2026 38

PENDAKWAH bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mengingatkan masyarakat supaya tidak memanjangkan polemik berkaitan solat sehingga perkara asas dalam kehidupan seorang Muslim seolah-olah menjadi bahan perdebatan.

Menurutnya, isu solat bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan kerana ia merupakan antara asas penting dalam kehidupan umat Islam dan sewajarnya dihormati semua pihak.

“Kita pelihara agama bersama, jangan biarkan perkara yang ada ini melarat, insya-Allah. Lama-kelamaan, rosaklah kita apabila perkara yang baik semuanya tidak lagi terlihat. Ini soal solat, tak perlu sibuk, tolonglah,” katanya.

“Isu solat bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan” – PU Riz

PU Riz berkata, umat Islam perlu lebih peka terhadap perkara yang menyentuh asas keimanan dan tidak membiarkan isu sedemikian berkembang sehingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Beliau turut mengingatkan bahawa perkara berkaitan Allah SWT dan Rasulullah SAW tidak seharusnya dijadikan bahan permainan kerana ia melibatkan pegangan serta kepercayaan umat Islam.

Dalam masa sama, beliau memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Kafirun, ayat 6, “Lakum dinukum wa liya din” sebagai peringatan supaya batas dan pegangan agama masing-masing dihormati.

“Islam ya‘lu wa la yu‘la ‘alayh (Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya). Ini negeri majoriti Islam, tak perlulah sibuk, cukuplah, cukuplah,” katanya.

Sehubungan itu, PU Riz berharap semua pihak menghentikan polemik yang tidak membawa manfaat dan lebih mengutamakan sikap saling menghormati, khususnya dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama. – THE VOKAL 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Khadam ungguli FFM35, menang Filem dan Pengarah

by VOKALIS 22/11/2026 41

FILEM Khadam mencuri perhatian pada Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) apabila bukan sahaja dinobatkan

Selebriti

Norman Hakim pesan Marissa jangan lupa zakat,

by VOKALIS 21/11/2026 34

DI sebalik kegembiraan melihat anak perempuan, Marissa Dania berjaya menghadiahkan diri sebuah kereta BMW,

Semasa

‘Tiada niat perkecilkan ibadah solat Jumaat’ –

by VOKALIS 21/11/2026 39

PENGERUSI DAP Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan beliau sama sekali tidak berniat mempertikaikan atau

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.