THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 11 Februari 2024
 Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 11 Februari 2024
Semasa

Sekilas Ahad: Ringkasan Berita Menarik 11 Februari 2024

by VOKALIS 11/02/2024 199
  1. Netizen Puji TokTi Ke Pasar Malam – Bawa Anak Beli Belah

Kehadiran penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Siti Aafiyah Mohd Khalid di pasar malam, baru-baru ini menjadi sorotan netizen dan tular dalam media sosial.

Ramai memuji penyanyi nombor satu negara itu yang tidak kekok ke pasar malam dan membeli barangan mainan untuk anaknya di gerai biasa.

Difahamkan, Siti berjalan-jalan di pasar malam di Kuala Lipis, Pahang. Kelihatan ada juga pengunjung yang mengerumuninya, tetapi masih dalam keadaan terkawal.

  1. Nik Elin Terima Ugutan – Cabar Peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (I)

Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid memaklumkan beliau menerima beberapa ugutan bunuh susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Malah, katanya, beliau turut membuat tiga laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya itu.

“Banyak ancaman dalam hidup saya, begitu juga serangan melalui dalam talian lain dan (ancaman untuk) ‘sembelih’ saya,” katanya.

  1. KPN Buat Sport Checked – Turun IPD

Berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turun padang melakukan tinjauan bagi melihat sendiri penugasan dan operasi harian pegawai serta anggotanya di lapangan, lapor Buletin Utama TV3.

Semalam beliau mengadakan lawatan mengejut ke Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi, beliau yang hanya mengenakan pakaian kasual itu tiba di IPD berkenaan tanpa pegawai pengiring.

  1. Wanita Sanding Dua Suami – Tiga Individu Satu Pelamin

Seorang wanita didakwa berkahwin dua selepas klip video memaparkan dia berada di pelamin bersama dua lelaki tular di media sosial Indonesia, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video memaparkan tiga individu lengkap memakai busana pengantin itu dimuat naik dalam akaun TikTok @mua_rahmawati. Netizen kemudian mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua suami.

Wolipop kemudian menghubungi pemilik akaun tersebut, Rahmawati yang menjadi jurusolek semasa majlis tersebut.

  1. UMNO Tolak – Cadangan Nga Kor Ming

UMNO kekal dengan pendirian menolak cadangan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, biarpun Kor Ming menyatakan telah menghubungi pemimpin-pemimpin UMNO untuk berbincang tentang perkara berkenaan, mereka kekal dengan pendirian menolak cadangan tersebut.

Bahkan, beliau turut memberitahu bahawa Kor Ming tidak pernah berhubung dengannya berkaitan perkara itu.

  • THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.